Friday, 26 August 2011

pengetua sekola!

hi!
  Hari ini sekolah saya adakan majlis katam Al-quran dan majlis perpisahan pengetua.Masa majlis katam Al-quran itu kami mendengar orang tadarus dan pengagihan duit raya kepada anak yatim dan pelajar yang layak diberi bantuan di sekolah.Kemudian,kami disajikan dengan video,tapi saya dah tengok.Seteerusnya kami menunggu murid lain datang dan masuk dalam dewan untuk acara seterusnya.Kemudian setelah lama menunggu akhirnya mereka sampai,dan kami diberitahu bahawa pengetua akan berpindah di sekolah lain.Pada mulanya semua suka,tapi bila pengetua berucap semua mula nangis lagi-lagi ketika pelajar menyanyikan lagu untuk pengetua.Setelah itu,kami diberi duit raya dan menyambut pemergiannya pengetua sekolah kami,nampaknya makin ramaila yang nangis dan makin banjir dewan hahaq.
  Semasa itu kami berpeluang bersalaman dengan pengetua,tapi saya hanya dapat melihatnya pergi meninggalkan dewan.sebelum itu,pengetua ada berpesan, kepada guru kalau mendidik anak biarla dengan kasih sayang,dan seperti itu juga kita kena mendidik anak murid kita dan bagi pelajar pula hormatila guru sepertimana kamu menghormati ibu bapa kamu pengetua ulang dua kali.Pengetua merupakan guru yang paling penyayang di sekolah saya kerana sikapnya yang lemah lembut bila menegur kami dan sifat penyayangnya kepada kami seperti seorang ibu,yang paling penting seorang ibu tidak mungkin tiada sifat ketegasan,pengetua memang mempunyai ketegasannya tapi tidak ditunjukkan kepada kami tapi kepada guru kami.

0 comments:

Post a Comment