Sunday, 21 August 2011

cuti raya

anneyonghaseyo!-hi!
  Mesti semua tak sabar nak raya! saya pun sama,tapi baju raya tak beli lagi ayo...!!!.Tadi kat sekolah semua cita pasal raya,semua dah tak sabar nak cuti raya.tapi kita kena ingat,kita masih didalam bulan ramadan lagi,masih melakukan ibadah puasa tau!.Saya insyaallah akan buat qiamulai malam ni.Tidak salah kalau nak buat persiapan raya tapi berpada-pada la kerana ia akan membuatkan kita alpa selepas itu.Kalau ingin beli juadah berbuka puasa pula janganla terlalu banyak, nanti tak habis membazir pula.Disebabkan itu juga kita akan malas nak solat tarawih,itu takapa lagi tapi kalau malas nak solat yang wajib itu pula macam mana,saya cuma nasihatkan sahaja.Tadi juga kawan saya cerita pasal bila tarikh nak balik kampung,ada yang balik awal,ada yang balik lambat,rasanya saya yang paling lambat kot,ada sorang kawan saya balik sabah,wah seronok ka? sana kan banyak perkampungan mesti cantik,saya teringin nak ka kundasang,tapi tak da duit nak gi sana! :( ...,apa-apa pun selamat pergi dan selamat kembali tau,naik kapal terbang itu hati-hati.Korang pun sama,dalam perjalanan itu hati-hati tau,biar la selamat pergi dan selamat sampai.Kita kena ingat orang yang tengah menanti kita disana,yang penat menanti kepulangan kita ke kampung halaman,tapi siapa yang tiada orang sedang menanti kepulangan macam saya pun sama tau,kita kena ingat orang yang tersayang semoga perjalanan anda lancar dan selamat nanti.

0 comments:

Post a Comment