Sunday, 21 August 2011

akhir ramadan

  Di akhir ramadan merupakan pengampunan daripada Allah,insyaallah kita akan mendapatkan pengampunannya,untuk mendapatkan pengampunannya sebenarnya senang, tapi bergantung kepada seseorang itu,ia sama seperti kita memita pengampunanNya pada hari yang lain itu contohnya: seperti bertaubat,berhijrah,berdoa,melakukan ibadah sebanyak mana yang boleh dan banyak lagi.Kalau kita dapat berqiamulai lagi bagus,maksud qiamulai pula berjaga sepanjang malam dengan melakukan ibadah sepanjang malam itu,kalau boleh buat beramai-ramai lagi afdal tau!,nescaya Allah akan mengampunkan dosa korang insyaallah.Ada orang kata mendapat pengampunan daripada Allah itu sangat susah...,mungkin disebabkan dia malu untuk meminta maaf dengan Allah atau sebenarnya dia sendiri tidak mencubanya lagi,apala kawan kita sorang ni!,nak meminta pengampunan daripada Allah bukan sesuatu perkara yang main-main tau!,meminta pengampunannya mestilah ikhlas datang dari hati dan yang paling penting bukan disebabkan orang lain,hanya kerana Allah.Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pengampunanNya,cuma kita yang saja yang malas.Ada juga orang kat melakukan dosa sangat senang tapi kalau nak mendapatkan pahalaNya susah sangat!,itu tidak benar sama sekali,dengan senyum kepada orang sudah mendapat pahala tau! bukankah Allah itu pemura,pengampun dan mengetahui segala apa yang dilakukan oleh kita di muka bumi ini.Sebab itula saya kata mendapat pengampunanNya senang.

0 comments:

Post a Comment