Saturday, 20 August 2011

raya!

   Hari Raya Aidilfitri disambut pada setiap satu syawal tahun hijrah oleh semua umat islam perayaan ini disambut atas sebab bagi menandakan berakhirnya bulan raamadan,yang mana umat islam telah menjalani ibadat puasa.Pada hari itu juga umat islam disunatkan solat hari raya,dan sebelum pergi solat kita juga disunatkan memakai baju baru,bersih dan paling penting makan dulu.Selepas habis solat kita bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan keluarga ,sanak saudara dan kengkawan,kita diharuskan bermaaf-maafan pada hari ini dan memaafkan orang lain itu yang paling penting itu kalau dengan manusia,kalau dengan tuhan pula,kita harus bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi(taubat nasuha).Sebenarnya saya nak tanya apa warna tema raya korang tahun ini?...,hmm! saya tahun ini warna unggu,sebab bagi saya warna unggu akan membuatkan si pemakainya tenang dan rilex la dikatakan itu pendapat saya,saya tidak tahu pendapat korang diluar sana.bagi saya raya tahun ini amat istimewa kerana ia disambut dengan hari kemerdekaan negara yang ke 54 kot.saya tinggalkan korang dengan serangkap pantun
 => pecah kaca,pecah gelas
 => sudah baca harap balas
     ( balas kad raya la)
                                                        selamat hari raya aidilfitri
                                                    maaf zahir dan batin,jikalau tersilap
                                                             bahasa atau terkasar...

0 comments:

Post a Comment